Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Penyakit Cili : Layu Bakteria


Nama Penyakit : Layu Bakteria (Bacterial Wilt)
Patogen (Agen Pembawa) : Ralstonia solanacearum (dahulunya Pseudomonas solanacearum)
Punca : Bakteria
Nama Lain : Penyakit Darah, Penyakit Moko

Agen/Cara Penyebaran :
Bakteria ini mudah tersebar melalui tanah/medium (soil) dan kesan limpahan dari paip sistem pengairan titis. Bakteria ini bersifat aerobik, tidak berspora, berbentuk rod, dan motile (bergerak secara bebas). Ia akan membentuk koloni dan membiak di dalam xilem tumbuhan yang menjadi hos yang akan menyebabkan tumbuhan mengalami simptom layu bakteria (bacteria wilt).


Ralstonia solanacearum boleh hidup di dalam tanah bagi jangkamasa yang lama sehingga beberapa tahun. Ini menyebabkan penyakit ini agak sukar untuk dikawal dan kawasan yang telah terkena jangkitan penyakit ini kebiasaannya tidak boleh ditanam dengan pokok yang sama untuk tempoh beberapa tahun.

Kajian menunjukkan tanaman lebih mudah terdedah kepada penyakit ini pada tahap suhu persekitaran diantara 24-27°C.

Bahagian Serangan :
Akar dan batang.

Cara Serangan :
Bakteria menyerang tanaman melalui akar yang mengalami kecederaan (rosak), batang yang rosak (stem wound) atau melalui stomata. Bakteria ini akan memasuki kawasan pembuluh (vascular) tanaman dan merosakkan sistem tumbuhan.

Kesan Serangan :
Daun-daun pokok (bermula dari bahagian atas) akan kelihatan layu dan menjadi kekuningan seperti tanda-tanda kekurangan air. Kebanyakan pekebun sering tersalah tafsir kerana menyangka tanaman mereka kekurangan air, namun walaupun siraman dilakukan, ianya tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.



Apabila bahagian yang paling dekat dengan akar (pangkal batang) dipotong dan kemudiannya dimasukkan ke dalam gelas berisi air jernih, maka akan keluar cairan (lendir) berjalur yang berwarna putih seperti jaluran asap rokok. Lendir tersebut akan mendap ke dasar gelas. Lendir ini merupakan massa bakteria.







Kemudian apabila pada bahagian pangkal batang dipotong secara melintang ataupun membujur, maka akan kelihatan pembuluh kayunya berwarna coklat. Ini menunjukkan jangkitan bakteria telah sampai ke tahap kritikal.







Penyakit “layu bakteria” adalah berbeza dengan “layu fusarium” kerana layu fusarium tidak keluar cairan berwarna putih ini. Pada bahagian akarnya kelihatan menjadi coklat busuk.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Pada masa sekarang tiada rawatan khusus terhadap penyakit Layu Bakteria ini. Antara kaedah-kaedah kawalan adalah :-
  • Pokok yang terkena penyakit ini hendaklah dicabut dan dibakar supaya ianya tidak menjangkiti pokok yang lain.
  • Selain daripada itu, sistem penyaluran air dan baja ke kawasan tanaman hendaklah dibuat dan diselenggarakan dengan baik.
  • Penggiliran dengan tanaman lain adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan penyakit Layu Bakteria ini daripada menyerang tanaman.
  • Lakukan semburan racun kulat atau antibakteria Ridall 50 terhadap medium tanaman fertigasi (sabut kelapa atau sekam padi) bagi tanaman musim kedua dan seterusnya.
  • Amalan semburan/siraman dengan Garlic Oil (Minyak Bawang Putih) dapat menghalang penyakit Layu Bakteria dan pada sesetengah kes, dapat dipulihkan
  • Gunakan varieti yang tahan penyakit bakteria.










Penyakit Cili : Lecur Anak Benih


Nama Penyakit : Lecur Anak Benih (Damping Off of Seedlings)
Patogen (Agen Pembawa) : Pythium spp, Rhizoctonia solani, Fusarium
Punca : Kulat
Nama Lain :

Agen/Cara Penyebaran :
Air dan tanah/media

Bahagian Serangan :
Batang anak benih pokok cili dan lain-lain tanaman seperti kacang soya.

Cara Serangan :
Merebak melalui air dan penggunaan tanah/medium/media semaian yang terdedah/dan atau pernah terdedah kepada penyakit ini. Penggunaan media semaian (peat moss) yang telah tercemar hendaklah dielakkan sama sekali.

Kesan Serangan :
Anak benih yang terkena serangan penyakit kulat seperti ini kelihatan melecuh pada bahagian pangkal batang. Bahagian pangkal batang anak benih akan mengecil sehingga ke bahagian akar. Bahagian yang diserang akan berair serta melecur. Pada peringkat yang lebih teruk lagi, anak benih ini akan tumbang seterusnya mati.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Tiada rawatan khusus yang boleh diberikan kepada penyakit ini. Tambahan pula ianya adalah diperingkat awalan penanaman, maka kaedah rawatan tidak perlu diberikan kepada anak benih yang terkena penyakit ini kerana ia akan menyebabkan kepada peningkatan dari segi kos.

Walaubagaimanapun, kaedah kawalan dan perlindungan (imunisasi) terhadap anak benih boleh diberikan pada peringkat awal iaitu semasa proses menyediakan semaian biji benih. Ini akan dapat mengelakkan penyakit lecur anak benih daripada berlaku.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi dan mengelakkan masalah ini daripada berlaku iaitu :-
  • Rawat biji benih terlebih dahulu dengan menggunakan racun kulat yang sesuai seperti racun Thiram iaitu dengan cara menggaul biji benih dengan racun kulat tersebut sebelum disemai ke dalam tray semaian.
  • Tapak/tray semaian juga perlulah disembur (siram) dengan menggunakan racun kulat yang sama.
  • Jangan melakukan siraman air secara berlebihan kepada semaian dan anak benih.
  • Elakkan pemberian baja (nitrogen) secara berlebihan semasa anak benih membesar.





Kenali Penyakit Cili : Kulat


Pengenalan
Kulat ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Walaupun pada asalnya, kulat dikelaskan sebagai tumbuhan, namun kulat sebenarnya bukanlah tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain.

Sebenarnya, kulat dianggap lebih berkaitan dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan.

Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menghadam makanannya, serta mempunyai dinding sel. Dengan sebab itulah, maka kulat dimasukkan ke dalam alamnya sendiri, iaitu alam Kulat.

Kulat sebagai patogen
‘Patogen’ (pathological agen) adalah agen atau pembawa penyakit. Manakala ‘penyakit’ ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang berlaku yang menyimpang (deviates) daripada fungsi biasa proses-proses fisiologi sesuatu tumbuhan tersebut untuk sekian lama, sehingga menjejaskan atau/dan menyebabkan terhentinya aktivit fisiologi yang penting.

Terjejasnya fisiologi tumbuhan boleh disebabkan oleh 2 perkara :-
  • Agen pejangkit
  • Faktor-faktor lain seperti tidak cukup sesuatu unsur nutrien.


Ini bermakna yang walaupun terdapat kulat yang hidup sebagai parasit di atas pokok-pokok hidup, ia bukanlah ‘patogen’ pada pokok itu sekiranya ia tidak menjejas fungsi fisiologi tumbuhan tersebut. Penyakit yang tidak dibendung, boleh merebak, boleh menyebabkan kematian tumbuhan atau pokok tersebut dan jika ia berlaku pada skala yang besar, boleh menjejaskan penghasilan tanaman.

Manusia dan Kulat (Cendawan)
Kulat (atau cendawan) digunakan secara meluas oleh manusia, seperti ragi yang digunakan untuk menapaikan bir dan roti. Kulat Penicillium boleh dijadikan sebagai antibiotik yang telah digunakan secara besar - besaran.

Manakala cendawan dibiakkan (pengkulturan) dan dijadikan makanan untuk manusia, malahan ianya merupakan salah satu industri yang besar di kebanyakan negara. Manfaat ini boleh dieksploitasikan dan boleh membantu ekonomi misalnya penanaman cendawan jerami padi (Volvariella volvaceae ) dan cendawan butang (Agaricus campestris) banyak ditanam di Malaysia untuk tujuan makanan tempatan dan juga untuk dieksport.

Dalam perusahaan makanan penggunaan Yis merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Yis atau Saccharomyces cerevisiae telah digunakan untuk membuat tapai, roti, minuman dan sebagainya.

Kajian menunjukkan beberapa bahan kimia juga telah ditemui dari kulat misalnya asid organik , alkohol dan antibiotik. Antibiotik penisilin asid giberelik (sebatian pengawalatur pertumbuhan) diperolehi dari kulat Penicillium sp. dan Gibberella fujikuroi.

Oleh yang demikian tidak hairanlah, mengapa kulat banyak digunakan dalam penyelidikan biologi. Contohnya pengetahuan mengenai genetik dan biokimia telah banyak diketahui setelah mempelajari genetik dan biokimia daripada kulat Neurospora sitophila dan N. crassa.

Malahan beberapa orang pakar dari Universiti Sains Malaysia sedang di dalam penyelidikan untuk membuktikan yang kulat seperti Cullicynomyces, Tolyplocadium , Metharizium dan Beauveria boleh mengawal populasi nyamuk di negara kita. Pengawalan populasi parasit seperti ini dikenali sebagai pengawalan biologi.

Namun begitu terdapat kulat-cendawan yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia yang dikenali sebagai kulat beracun.

Peranan kulat dalam pertanian
Sebilangan kulat hidup berdamping dan saling membantu dengan organisma lain. Contohnya kulat Endogone sp. dan rhizoctonia sp. yang hidup dalam akar beberapa tumbuhan peringkat tinggi.

Kulat ini mendapat makanan daripada perumahnya dan perumahnya mendapat manfaat daripada nitrogen yang diikat dan unsur-unsur lain yang diurai oleh kulat tersebut. Kehidupan seperti ini dikenali sebagai simbiosis.

Kulat yang bersimbiosis pada akar tumbuhan dikenali sebagai mikoriza. Mikoriza ini telah dikaji oleh penyelidik untuk membolehkan ianya digunakan ke atas tumbuhan yang kurang subur untuk mengurangkan penggunaan baja.

Tanaman berbentuk monokrop banyak mengundang masalah penyakit kerana ekologi kawasan tanah telah menjadi sekata (monotonous) dan biodiversiti mikrob didalamnya juga menjadi semakin rendah. Ditambah pula dengan penggunaan racun rumpai/kulat/serangga yang tinggi, tidak hairanlah jika tanaman pertanian sering diserang mikrob pembawa penyakit.

Tumbuhan dan hasil sampingannya adalah kaya dengan selulosa dan lignin. Bahan-bahan ini adalah sumber makanan pada kulat patogen dan saprofit. Namun, apabila kulat menyerang pokok-pokok pertanian, ia akan menjejas aktiviti ekonomi.

Peranan kulat yang amat nyata adalah sebagai patogen tumbuhan pertanian. Peranan kulat yang tidak begitu ketara tetapi sebaliknya membawa kebaikan kepada pertanian ialah dalam bentuk kulat mikoriza. Kulat (dan bakteria) adalah sumber untuk mendapatkan agen kawalan biologi utk penyakit-penyakit tumbuhan.

Manakala Kulat yang mendatangkan masalah di dalam pertanian adalah kulat yang menjadi parasit kepada tumbuhan. Terdapat beberapa masalah untuk mengawal kulat beracun :
  • Kulat hidup pada tanaman yang menjadi perumah. Oleh kerana kulat dan perumah sangat rapat, maka sukar untuk mencipta bahan kimia yang boleh membunuh kulat tanpa merosakkan tanaman.
  • ‘Misselium’ kulat tidak hanya pada permukaannya tetapi bahagian dalam tisu tumbuhan. Biasanya semburan racun kulat membunuh ‘misselium’ luar manakala ‘misselium’ dalam terus membiak.
  • Beberapa jenis kulat sukar dikawal kerana kedudukannya di bawah permukaan tanah dan terkindung dari semburan racun kulat.
Analisa Penggunaan Racun Kulat
Di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara yang terdapat industri pengeluaran tanaman bijirin, sayur-syuran dan buah-buahan, penggunaan racun kulat adalah amat meluas sekali dan merupakan salah satu racun makhluk perosak utama yang digunakan di semua ladang-ladang tanaman.

Manakala di Malaysia, penggunaan racun kulat menduduki tempat ketiga iaitu sebanyak 4% peratus selepas racun serangga dan racun rumpai. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3% digunakan untuk mengawal penyakit pada sayuran, bunga dan buah-buahan. Manakala 1% lagi digunakan untuk mengawal penyakit tanaman perladangan.

Tidak kurang juga racun kulat digunakan untuk mengawal atau mencegah hasil tanamanan yang telah dituai daripada diserang kulat semasa dalam penyimpanan atau ketika dieksport ke luar negara.

Selain itu, ia juga digunakan di industri perkilangan dan di rumah-rumah. Walaupun sesetengah racun kulat sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan, statistik kes keracunan yang melibatkan racun tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan keracunan racun makhluk perosak yang lain.

Racun kulat boleh didefinisikan sebagai bahan kimia yang membunuh atau merencat pertumbuhan, percambahan, pembiakan spora dan miselium kulat-kulat tertentu.

Racun Kulat Organik dan Bukan Organik
Racun kulat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu organik dan bukan organik. Racun organik merangkumi beberapa jenis racun termasuk sebahagian besar kumpulan racun ‘karbamat'. Kumpulan racun karbamat terbahagi pula kepada beberapa kelas bahan kimia yang terdiri daripada bahan aktif tertentu.


Racun dithiocarbamate merupakan kumpulan racun kulat yang penting dalam bidang pertanian. Ia banyak dipasarkan dan digunakan di seluruh dunia memandangkan keberkesanannya mengawal kulat. Di antara bahan aktif yang tergolong dalam kumpulan racun kulat ini ialah thiram, ziram, vapam, ferbam, zineb, maneb, mancozeb dan nabam.

Mengenali Penyakit Kulat Pada Tumbuhan
Adalah penting untuk kita memahami dan mengenali tanda-tanda dan sebarang perubahan yang berlaku yang boleh diklasifikasikan sebagai penyakit kulat agar rawatan dapat dilakukan kepada tanaman. Diantara tanda dan simptom yang disebabkan oleh penyakit kulat adalah:-

Daun
  • Nekrosis - Apabila bahagian-bahagian pada daun menunjukkan perubahan warna dan akhirnya menjadi kering dan mati. Jika diperhatiakan pada bahagian daun tersebut, tisu pada kawasan nekrosis akan reput dan berlubang.
  • Klorosis (chlorosis) - Daun bertukar warna daripada hijau kepada kuning atau perang.
  • Layu (wilt) - Daun tidak berubah warna tetapi kelihatan layu dan tak bermaya.
  • Layu dan gugur (wilting and defoliation)
  • Bertompok (leaf spots) – Kelihatan tompok-tompok kecil pada daun tersebut.
  • Lesi (lesion) – Secara umumnya berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu daun. Lesi terhasil daripada tompokan, diikuti dengan bahagian tersebut menjadi kering, reput dan kadangkala menyebabkannya berlubang-lubang.
Batang
  • Lesi (lesion) - Seperti juga daun, ia berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu yang terdapat pada bahagian batang pokok.
  • Pereputan – Batang akan menjadi lembut kering putih/perang (soft, dry,white, brown rots).
  • Berair ( water-soaked ) – Batang pokok menjadi berair-lembab
Akar
  • Lesi (lesion) - Seperti juga daun dan batang, ianya berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu pada bahagian akar pokok.
  • Pereputan – Akan akan menjadi reput.
  • Berair (damping off ) – Keadaan akar sentiasa berair-lembab.







Senarai Harga : Polibag


Senarai Harga Polibag



Polibag Putih UV 16"x16"
1 keping : RM0.45
1 kg : RM8.30
Ahli TEFRA : RM8.10/kg

NOTA : 1kg lebih kurang 20 keping







Polibag Hitam UV 16"x16"
1 keping : RM0.45
1 kg : RM7.60
Ahli TEFRA : RM7.40/kg

NOTA : 1kg lebih kurang 20 keping






Kawalan Penyakit dan Perosak Tanaman


KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di tanam itu perlu di jaga.

Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja memancang. Dalam unit ini hanya akan diterangkan kerja-kerja penjagaan umum yang penting untuk hampir semua jenis tanaman. Kerja-kerja tersebut ialah membaja, memangkas, mengawal penyakit, mengawal perosak dan menyiram serta akan disentuh sedikit berkenaan dengan penuaian tanaman.

Bagaimanapun, amalan pengurusan selalunya tertumpu kepada mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh pengusaha cili. Risiko ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok cili. Patogen yang menyerang pokok cili adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Kesuburan tanaman sering diancam oleh berbagai jenis perosak. Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis menghisap

Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :
  • Daun berlubang –lubang atau koyak.
  • Najis serangga bertaburan.
  • Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.
  • Akar terpotong atau menjadi pendek.
  • Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.
  • Getah atau cecair kelihatan meleleh.
Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :
  • Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.
  • Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.
  • Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau batang.
Tanda-tanda serangan virus :
  • Pertumbuhan pokok terbantut.
  • Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.
  • Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan daun.
Tanda-tanda serangan kulat :
  • Karat di daun.
  • Layu di seluruh pokok.
  • Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
  • Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
  • Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

Tanda-tanda serangan bakteria :
  • Keseluruhan pokok layu.
  • Bahagian daun berbintik-bintik.
  • Pokok kelihatan buruk dan reput.
Secara umumnya, terdapat 5 (lima) cara-cara untuk mengawal serangan perosak tanaman :-

1. Kawalan Fizik
Iaitu kaedah mengawal perosak secara fizik seperti menggunakan menutup atau melindungi kawasan tanaman dengan menggunakan jaring, menggunakan penutup buah seperti sarung, balutan kertas suratkhabar, plastik dan lain-lain, menggunakan tin-tin kosong yang digantung, membuat orang-orang, memasang pagar elektrik dan sebagainya.

2. Kawalan Kultura
Iaitu kaedah mengawal serangan perosak dengan menggunakan amalan penanaman yang baik, seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti/benih yang tahan lasak dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna.

3. Kawalan Biologi
Iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod.

4. Kawalan Kimia
Iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun hamama Mitac atau Ortus.

5. Kawalan Secara Undang-Undang
Iaitu mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarintina, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.


Bakteria dan Kulat
Penyakit-penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria ialah penyakit bintik, layu, reput, mati rosot dan lain-lain. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Pengklasan Racun Kimia Berdasarkan Ketoksidan
  • Kelas Ia - Jalur hitam pada label dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
  • Kelas Ib - Jalur merah dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
  • Kelas II - Jalur Kuning
  • Kelas III - Jalur Biru
  • Kelas IV - Jalur putih atau tanpa warna seperti racun serangga di rumah.
Langkah keselamatan Sebelum Semasa dan Selepas Menggunakan Racun Perosak.
Memandangkan penggunaan racun serangga amat meluas dan popular dikalangan pekebun-pekebun, maka langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan racun kimia adalah amat penting bagi memastikan pekebun tidak terdedah kepada kesan secara terus mahupun kesan sampingan semasa dan selepas menggunakan racun tersebut :-

Pemilihan Racun Serangga
  • Pilihlah racun dari kelas III dan !V. Elakkan dari menggunakan racun Kelas I dan Kelas II kecuali terpaksa.
  • Apabila pokok telah berbuah masa memetik (menunggut hasil) telah hampir tiba, maka seelokknya gunakan racun jenis sentuh dan bukan jenis sistemik tapi tak tahan lama.
Sebelum Membancuh Racun Serangga
  • Baca dan fahami arahan pada label
  • Pakai Pakaian Pelindung Diri yang sesuai yang sesuai seperti overall, sarung tangan, topi, `boots’, `goggles’.
  • Jangan pindahkan racun perosak ke dalam lain-lain bekas.
  • Simpan racun perosak di tempat yang sesuai, jauh daripada makanan, ubat, pakaian dan sebagainya.
Semasa Membancuh Racun Serangga
  • Jauhkan orang yang tidak berkenaan dari tempat membancuh racun perosak.
  • Jangan menghidu atau menyedut racun perosak
  • Jangan sekali-kali membancuh racun perosak dengan tangan kosong.
  • Berdiri dengan membelakangkan arah tiupan angin sewaktu membancuh racun perosak.
  • Jangan tiup dengan mulut muncung alat penyembur yang tersumbat.
  • Jangan makan, minum atau merokok.
Semasa Melakukan Semburan Racun Serangga
  • Pakai peralatan keselamatan semasa membuat semburan seperti but getah yang tinggi, topi, baju lengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung/muka (mask).
  • Perhatikan arah tiupan angin. Semburan hendaklah membelakangi arah tiupan angin bagi bagi mengelakkan anda terkena kabus semburan.
Selepas Melakukan Semburan Racun Serangga
  • Cuci alat penyembur dengan air bersih dan letakkan di dalam stor.
  • Mandi dengan menggunakan sabun dan air yang banyak.
  • Rekodkan semua penggunaan racun perosak.
  • Jangan gunakan bekas racun perosak untuk menyimpan bahan makanan.
  • Jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda keracunan.

Akan datang ...Jenis-jenis penyakit tanaman dan rawatannya.




Cocopeat Blok (Bata)


Cocopeat (Sabut Kelapa kering) Bata merupakan salah satu alternatif yang baik bagi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan cocopeat biasa yang diproses halus dan diisikan ke dalam karung guni bersaiz 50kg.

Memandangkan saiz guni cocopeat yang agak besar dan beratnya mencecah hampir 10kg setiap guni, maka ianya memerlukan lori untuk mengangkutnya dari kilang ke kebun. Kos pengangkutan juga agak tinggi sehingga bernilai ratusan ringgit.

Oleh itu penggunaan cocopeat berbentuk batu-bata adalah amat bersesuaian bukan sahaja bagi usahawan berskala besar, tetapi ianya amat memudahkan bagi mereka yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan terutamanya di halaman rumah. Ianya boleh dimuatkan terus kedalam bonet kereta dengan kapasiti sehingga maksimum 30 unit (untuk tanaman min. 150 pokok).

Ianya amat mudah dibawa kerana saiznya yang kecil iaitu 12"x12"x6" dengan berat hanyalah 5kg sahaja. Selain dari itu kita tidak perlu melakukan pencucian terhadap cocopeat ini lagi seperti kebiasaan kerana ianya air rendaman tersebut tidak menjadi kekuningan. Malahan ianya lebih halus berbanding dengan cocopeat biasa (dalam guni).

Cara Penggunaan
Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi 18-23 liter air. Dalam masa kurang dari 5 minit, keseluruhan cocopeat ini akan mengembang dan sedia untuk diisikan kedalam polibag.

Ianya dapat memuatkan sekurang-kurangnya 5 polibag dengan isian sebanyak 3/4 polibag.

Dapatkan sekarang di Pusat Jualan Romatech Agro dengan harga disini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.
Kaedah hubungi kami disini Media Hubungi Romatech Agro

Proses Menyediakan Medium Cocopeat-Bata








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.